MALAYSIA URBAN OBSERVATORY

SPATIAL ANALYTICS FOR SUSTAINABLE FUTURE

PENGUMUMAN

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bagi Pembangunan Modul MUO Tahun 2020 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah PLANMalaysia akan diadakan pada 14 Oktober 2022.    

01

SOROTAN

ASPIRASI MALAYSIA BERDAYA HUNI (LIVEABLE MALAYSIA)
Aspirasi Malaysia Berdaya Huni merupakan agenda di bawah KPKT melalui pelaksanaan infrastruktur yang berdaya tahan, komuniti yang inklusif, penggunaan smart city dan smart technology dalam pembangunan bandar, dan akses pengangkutan
INDEKS DAYA HUNI MALAYSIA (IDAM)
iDAM merupakan kaedah pengukuran berimpak tinggi yang akan mengukur tahap kesejahteraan penduduk di peringkat pihak berkuasa tempatan dan komuniti. Pembangunan iDAM adalah selaras dengan pengukuran dan penilaian kesejahteraan pendudukn

02

INSIGHTS

Gambaran dan visualisasi maklumat berkaitan perbandaran secara interaktif melalui pelbagai perspektif dan peringkat.

NASIONAL

Malaysia ialah sebuah negara Asia Tenggara yang terbahagi kepada dua wilayah: Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur Borneo.

WILAYAH

Malaysia terbahagi kepada enam wilayah utama iaitu Wilayah Utara, Wilayah Tengah, Wilayah Selatan, Pantai Timur, Sabah, dan Sarawak.

 

NEGERI

Malaysia terdiri daripada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan.

TEMPATAN

Malaysia terdiri daripada 155 pihak berkuasa tempatan. Semua pihak berkuasa bertanggungjawab ke atas kemudahan awam dan infrastruktur asas, manakala pihak berkuasa bandar secara amnya turut menyediakan perkhidmatan seperti kesihatan awam, pengurusan sisa dan perancangan bandar, dan majlis bandaran seterusnya menyediakan penguatkuasaan undang-undang.

03

MODUL

Modul Utama dalam Malaysia Urban Observatory (MUO)
PEMANTAUAN DAN PELAPORAN PERBANDARAN MAMPAN

Modul yang melaporkan pencapaian pelaksanaan agenda kelestarian negara dan antarabangsa seperti Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), Dasar Perbandaran Negara (DPN) atau Rancangan Fizikal Negara (RFN).

GEOHUB
Hab perkongsian data yang boleh diakses. Modul ini menyediakan platform perkongsian maklumat dalam talian untuk profesional kepada pembaca umum.
DASHBOARD URBAN OBSERVATORY
Platform ini menyediakan pelbagai ciri dan fungsi, termasuk geo-analitik dan dashboard pintar yang mesra pengguna dan mudah dikongsi.
MAKLUMAT BANDAR
Penceritaan interaktif, dashboard dan visualisasi yang merangkumi isu perbandaran seperti penggunaan tanah dan penempatan bandar, antara lain.
PLATFORM BANDAR PINTAR NEGARA
Memudahkan dalam analisis data dan maklumat daripada pelbagai sumber untuk mencipta keputusan berasaskan data yang lebih berkesan yang dikaitkan dengan pembangunan dan pengurusan bandar.
APLIKASI MUDAH ALIH
Perisian aplikasi MUO bagi kemudahan capaian kepada maklumat MUO melalui peranti mudah alih, seperti telefon pintar atau komputer tablet
PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
Membantu pihak berkepentingan yang pelbagai dalam melaksanakan prosedur penyelidikan dan membangunkan dan menguji model yang dikaitkan dengan penyelidikan dan pembangunan perbandaran.
SOKONGAN MEMBUAT KEPUTUSAN
Penceritaan interaktif, dashboard dan visualisasi yang merangkumi isu perbandaran seperti penggunaan tanah dan penempatan bandar, antara lain.

04

TEMA

5 tema yang digunapakai di dalam MUO ke arah perbandaran mampan
PERSEKITARAN BERDAYA HUNI & KOMUNITI INKLUSIF
Bagi aspek pemantauan kesejahteraan masyarakat, ia merangkumi sub tema perancangan perumahan, pendidikan, kesihatan, keselamatan, pembangunan modal insan dan penglibatan masyarakat dalam pembangunan yang boleh meningkatkan kualiti hidup.
KEMAMPANAN ALAM SEKITAR
Pemantauan alam sekitar merangkumi aspek perancangan guna tanah yang mampan, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dan sumber warisan, dan pengurusan risiko bencana yang boleh membantu dalam menangani perubahan iklim.
TADBIR URUS PERANCANGAN YANG BAIK
Tema tadbir urus yang baik akan merangkumi aspek pemantauan dan perancangan tadbir urus yang baik ke arah mempertingkatkan ketelusan dan akauntabiliti. Ia termasuk perundangan, pengagihan kewangan, pengurusan aset, penglibatan awam dalam aktiviti perancangan dan kapasiti sesebuah institusi.
KEMAMPANAN PEMBANGUNAN SPATIAL
Tema ini menekankan aspek pemantauan pembangunan fizikal lestari dengan mengambil kira kedudukan geografi setiap pembangunan. Ia termasuk elemen infrastruktur dan utiliti, mobiliti bandar, kebolehcapaian, pembangunan luar bandar, kepelbagaian bandar dan penggunaan tanah.
KEMAKMURAN EKONOMI DINAMIK & SEIMBANG
Tema ini akan memberi penekanan kepada aspek pemantauan pertumbuhan ekonomi di seluruh negara meliputi daya tahan dan daya saing ekonomi. Ia juga memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi digital dan isu keselamatan makanan yang boleh menjejaskan keseimbangan ekonomi.

05

RAKAN STRATEGIK

PGN

06

RAKAN PINTAR